Latihan Industri di Malaysia

Latihan indsutri adalah pengalaman kerja yang ditawarkan oleh organisasi dalam tempoh masa yang singkat [1]. Latihan industri melibatkan pelbagai penempatan dalam perniagaan, organisasi berasaskan keuntungan dan bukan keuntungan serta agensi kerajaan. Latihan industri biasanya dijalankan oleh pelajar dan graduan yang ingin mendapatkan kemahiran dan pengalaman yang relevan dalam bidang tertentu. Program latihan industri adalah kursus wajib untuk dilaksanakan bagi setiap pelajar untuk syarat pengijazahan di Malaysia oleh semua pelajar atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja.  Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari banyak perkara.  Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma. Walau bagaimanapun, isu yang berkaitan dengan latihan tanpa gaji dan diskriminasi pelajar yang lebih meluas adalah isu pasaran buruh pusat di Malaysia[2]. Kontroversi mengenai latihan industri di Malaysia ialah pelajar tidak dilindungi oleh undang-undang pekerjaan di Malaysia untuk keperluan gaji minimum. Ini bermakna secara teknikalnya, syarikat tidak perlu membayar gaji bulanan minimum kepada pelajar sehingga RM1,500 sebulan pada 2022[3].

Rujukan

WikiPedia: Latihan Industri di Malaysia https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.linkedin.com/pulse/malaysia-must-inter... https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2014... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/03/22... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/02/17... https://www.malaysiakini.com/letters/632804 https://bebasnews.my/2023/06/16/nstviral-student-t... https://www.nst.com.my/news/nst-viral/2023/06/9205... https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/02/17/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/05/24/...